Menurut polis, remaja yang cedera di bahagian muka itu kemudiannya ditinggalkan oleh ketiga-tiga suspek di lokasi kejadian

KOTA BHARU – Seorang anggota polis wanita cedera apabila ditendang di bahagian perut dan ditarik tudung serta bajunya sehingga koyak oleh seorang wanita yang mengamuk di kaunter trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, semalam.

Difahamkan, ekoran kejadian pukul 3.30 petang itu anggota wanita berpangkat koperal berkenaan yang baru sahaja melahirkan anak lima bulan lalu mengalami sakit di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah berkata, wanita berusia 41 tahun itu bertindak sedemikian selepas berang apabila mendakwa anaknya yang terbabit dalam kemalangan dimarahi polis dan diacukan penumbuk ketika datang membuat laporan.

Beliau berkata wanita itu yang dikatakan seorang guru datang ke kaunter trafik dan memarahi anggota bertugas dan anggota wanita itu cuba mententeramkan keadaan namun turut dimarahi sebelum diserang.

“Wanita itu bertindak menendang di bahagian perut mangsa dan memegang leher selama 10 minit.

“Dua anggota lain cuba membantu dan selepas berjaya dileraikan wanita berkenaan terus menghilangkan diri keluar daripada kaunter trafik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata berdasarkan maklumat, anggota wanita itu pada mulanya hanya mahu membantu wanita itu yang mencari anggota yang didakwa memarahi anaknya.

Katanya tindakan kasar wanita itu menyebabkan mangsa trauma dan dirujuk di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut sebelum membuat laporan polis.

“Ekoran kejadian itu polis bertindak menahan wanita itu pada pukul 9 malam tadi untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira dua jam selepas itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.