Ramalan suhu di Eropah pada 25 Julai ini. foto Agensi

PARIS – Cuaca di bandar Bordeaux kini mencecah suhu tertinggi sejak barat Eropah mengalami gelombang haba pada musim ini.

Meteo France merekodkan suhu 41.2C bagi bandar ini, memecah rekod tahun 2003 iaitu 40.7C.

Agensi cuaca meramalkan Eropah akan menyaksikan rekod baharu suhu panas pada minggu ini termasuk Belgium, Jerman dan Belanda.

Pertubuhan Meteorologi Dunia berkata, gelombang ini disebabkan faktor-faktor perubahan iklim.

Perancis telah mengeluarkan amaran Jingga – tahap amaran kedua tertinggi.

Meteo France meramalkan suhu baharu tertinggi baharu pada hari Khamis. Rekod terdahulu bagi Bordeaux adalah 40.4C.

Suhu panas yang dialami di Perancis pada Ogos 2003 telah mengorbankan 15,000 nyawa. – MalaysiaGazette