Mohd Haniff Khatri Abdulla
Mohd Haniff Khatri Abdulla

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos untuk keputusan pengurusan permohonan ex-parte  (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.

Pengurusan kes itu nanti akan memuktamadkan dua isu yang dikemukakan oleh Haniff Khatri Abdulla, iaitu peguam keluarga bagi ex-parte yang mempersoalkan sejauh mana Peguam Negara boleh terlibat dalam prosiding kelak.

Satu lagi isu adalah membangkitkan adakah afidavit yang difailkan oleh Tommy dan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah berhubung permohonan terhadapnya ini boleh digunakan atau sebaliknya.,

Perkara ini turut dipersetujui oleh Peguam Kanan Persekutuan iaitu Narkunavathy Sundereson.

Tommy menerusi  afidavit yang terbaharu berkata, beliau tidak pernah campur tangan dalam afidavit terdahulu yang difailkan oleh Pegawai Pengendali Inkues Hamdan Hamzah.

Untuk rekod  bapa Adib Mohd Kassim mahu Peguam Negara itu dibicarakan kerana didakwa menghina mahkamah.

Permohonan Mohd Kassim dibuat menerusi permohonan ex-parte (sebelah pihak) pada 16 Julai yang lalu ekoran tidak berpuas hati dengan afidavit mengatakan Adib meninggal bukan disebabkan dipukul.

Menurut permohonan itu lagi, rumusan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan dalam keadaan inkues belum tamat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast