Lembaga Tabung Haji deposits TH menafikan dakwaan Dr. Asyraf
Tabung Haji

Daripada Fadzli Ramli

MAKKAH – Semua jemaah haji yang tiba ke Tanah Suci telah berada di Makkah pada pukul 1 tengah hari semalam (23 Julai), kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu lebih 17,800 jemaah haji Malaysia telah berada di sini, yang mana jumlah itu adalah kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji tahun ini.

“Mulai semalam juga tiada lagi jemaah haji di Madinah, semua 100 peratus jemaah haji di Makkah,” kata kenyataan itu.

Penerbangan haji berlepas 4 hingga 17 Julai lepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz, Madinah, manakala penerbangan haji yang berlepas pada 18 Julai hingga 5 Ogos ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah di sini. – MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast