Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam beralaman dengan sebahagian penyokongnya semasa hadir untuk memberi keterangan terhadap kenyataannya terhadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador mengenai isu kes video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 26 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengesahkan kehadiran dan rakaman keterangan Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes Lokman disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kertas siasatan akan diselesaikan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya (DPP).

“Sama ada akan panggil Lokman semula atau tidak ia bergantung kepada keperluan..jika TPR kata tuduh,kita akan tuduh,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir ke Bukit Aman sekitar pukul 10.15 sebelum memasuki premis pukul 10.30 pagi selepas bercakap kepada pemberita mengenai tujuan kehadirannya.

MGF28052019_IGP SERAH KUIH RAYA14
Huzir Mohamed

Katanya dia dirakam keterangan selama 15 minit sebelum menunggu lebih sejam setengah kerana mendakwa Huzir berbincang dengan ketua Unit Jabatan Siasatan Terkelas JSJ sama ada mahu menahan atau melepaskan beliau selepas dirakam keterangan.

Lokman memaklumkan kepada polis bahawa beliau akan menjawab semua soalan di mahkamah dan menganggap institusi kehakiman itu sebagai platform terbaik merujuk laporan forensik kes video hubungan sejenis membabitkan Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Ia bagi membuktikan hasil dapatan pakar Indonesia yang dimilikinya.

Lokman juga mengesahkan dia dipanggil kerana mendakwa Ketua Polis negara menipu dalam hasil laporan forensik polis dalam kes video lucah membabitkan pemimpin politik itu.

Susulan laporan polis Abdul Hamid Bador ke atas Lokman Adam, individu itu dipanggil dan dirakam keterangan di Bukit Aman hari ini.- MalaysiaGazette