Nicole Wong

KUALA LUMPUR – Fitnah dan tindakan Lim Guan Eng menghina MCA bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadi kerajaan berdasarkan penipuan dan janji palsu.

Sedangkan, MCA selama lebih 60 tahun telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang sentiasa mempertahankan hak semua rakyat dan membantah ketidakadilan terhadap rakyat.

Ia dapat dibuktikan melalui kelakuan parti dan bukannya hanya janji-janji kosong, kata Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong.

Malah, tegasnya, MCA sentiasa konsisten mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurutnya, MCA juga bukan seperti DAP yang sentiasa memainkan isu perkauman untuk menghasut kebencian dan memecahbelahkan rakyat demi agenda peribadi mereka.

Nicole membuat kenyataan itu selepas Setiausaha Agung DAP itu didakwa memfitnah dan menghina MCA dengan memberi gelaran “Malaysian Corruption Association”, mendakwa MCA tidak mengendahkan isu 1MDB; MCA menyokong ekstremisme; MCA mahu menghapuskan hak asas bukan Islam; dan MCA mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“Ia tidak mengejutkan beliau membuat kenyataan menghasut tersebut, kerana PH berjaya menjadi kerajaan berdasarkan penipuan dan janji palsu, dan sepertimana yang dibuktikan beliau tidak layak sebagai Menteri Kewangan kerana tidak mampu mengira dengan betul……,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, Pemuda MCA dari seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Guan Eng dan mahu polis membuat siasatan terhadap secara terperinci atas Seksyen 499 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.