Dan Coats. foto CNBC

WASHINGTON – Pengarah Kebangsaan Perisikan Amerika Syarikat, Dan Coats melepaskan jawatannya, menjadikan individu berprofil tinggi terkini meninggalkan pentadbiran Donald Trump.

Trump menerusi Twitternya berkata, Coats akan melepaskan kedudukannya pada pertengahan Ogos ini dan beliau akan mencalonkan John Ratcliffe sebagai pengganti.

Coats dan Presiden Amerika Syarikat itu sering bertentangan pandangan berhubung Rusia dan Korea Utara.

Malah, pada Januari lalu, Trump pernah membuat kenyataan bahawa Coats seorang yang pasif dan naif dalam penilaiannya terhadap ancaman Iran.

Trump berkata, Ratcliffe akan memimpin dan memberi inspirasi terbaik kepada negara.

Setahun yang lalu, Coats dalam terkejut ketawa apabila beliau dimaklumkan Trump akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada sidang kemuncak di Finland.

“Itu akan menjadi istimewa,” kata Coats.

Dia kemudian memohon maaf atas reaksinya, dengan mengatakan “tindak balas saya yang tidak diingini itu sama sekali tidak bermaksud menghina atau mengkritik tindakan presiden”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast