TOKYO – Harga minyak meningkat semalam ekoran jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad pada minggu ini.

Breny, penanda aras minyak mentah dunia naik AS$0.30 kepada AS$64.01 setong pada 0013 GMT selepas naik 0.4 peratus pada sesi sebelumnya.

Minyak mentah Amerika Syarikat pula naik AS$0.34 kepada AS$57.21 setong, meningkat 1.2 peratus pada hari Isnin.

“Niaga hadapan minyak mentah dalam bidaan yang baik disebabkan peningkatan jangkaan pengurangan kadar faedah,” kata ANZ Research.

Malah, katanya, perbincangan optimis perdagangan China dan Amerika Syarikat serta ketegangan di Timur Tengah juga menyokong harga emas hitam itu.

Bank-bank pusat Amerika Syarikat akan memulakan mesyuarat dua hari dan dijangka mengurangkan kos pinjaman.

Presiden Donald Trump sebelum ini memberi bayangan bahawa pengurangan kadar kecil tidak mencukupi.

Pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat menunjukkan lebih rendah berbanding jangkauan pada suku kedua, pengukuhan tinjauan tentang penggunaan minyak. – MalaysiaGazette