Pasukan polis melancarkan pencarian VG Siddharta (gambar kiri) di Sungai Netravati. foto Agensi

NEW DELHI – Polis sedang menyiasat kehilangan VG Siddhartha, pengasas dan pemilik rangkaian Cafe Coffee Day.

Cafe Coffee Day adalah rangkaian kedai kopi terbesar di India dengan 1,750 cawangan di seluruh negara, selain cawangannya di Malaysia, Nepal dan Mesir.

Sebelum kehilangannya, Siddhartha berada di dalam kereta di pinggir Mangalore dan meminta pemandunya menghentikan kereta di sebuah kawasan berhampiran dengan Sungai Netravati.

“Dia meminta pemandunya memakirkan kereta di tempat lain dan  memberitahu akan berjalan kembali ke kereta,” kata seorang pegawai polis.

Bagaimanapun, Siddhartha tidak kembali semula, malah panggilan telefon juga tidak dijawab.

Komisioner Polis Manglore, Sandeep Patil berkata, dua pasukan telah dihantar untuk melakukan pencarian di sungai tersebut.

Media melaporkan rangkaian kedai itu telah menutup cawangan-cawangan kecil disebabkan persaingan sengit.

Bulan lalu media melaporkan Siddhartha berunding dengan Coca-Cola untuk menjual kepentingan syarikatnya.

Siddhartha juga adalah menantu kepada SM Krishna, bekas Ketua Menteri di Karnataka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast