KOTA BHARU – Seorang lelaki berusia 34 tahun mengalami detik cemas apabila ‘gigi gear’, yang dipercayai gear basikal, terlekat pada kemaluannya, sehingga memaksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membawanya ke hospital, supaya besi itu dapat dipotong tanpa mencederakannya dengan bantuan doktor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, lelaki itu datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, dekat Kuala Krai, yang berhampiran dengan tempat tinggalnya pada kira-kira pukul 3.14 petang tadi bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, petugas bomba kemudiannya membawa lelaki itu ke Hospital Kuala Krai, dan dengan bantuan pihak hospital, besi itu berjaya dipotong kira-kira 20 minit kemudian menggunakan alat pemotong khas.

“Lelaki yang berasal dari Batu Jong, Kuala Krai itu tidak mengalami apa-apa kecederaan. Sebaik sahaja besi itu berjaya dipotong, lelaki berkenaan dibenarkan pulang,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast