A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Para menteri Pakatan Harapan (PH) diingatkan jangan terlalu yakin dengan kedudukan masing-masing meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali menyatakan tidak melakukan rombakan Kabinet.

Kemungkinan ia merupakan cara perdana menteri untuk memberi peluang supaya menteri-menteri memperbaiki kelakuan.

“Jadi, ia bukan alasan untuk para menteri berasa selamat dan boleh melakukan perlakuan yang boleh ‘menempah maut’,” amaran Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menerusi blog beliau.

Jika tidak,katanya, menteri-menteri yang dilantik perlu berundur apabila Dr Mahathir tidak lagi mampu mempertahankan mereka lagi.

Beliau juga secara sinikal menulis, mana-mana menteri yang tidak dapat menahan untuk berlakon dalam filem atau klip video, diminta memastikan ia dalam kategori umum.

Wartawan veteran itu berkata, video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menjerat diri Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Rentetan daripada itu, Azmin telah menyatakan sokongan yang dizahirkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk Dr Mahathir terus berkuasa daripada menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.

Sedangkan, katanya, bagi gabungan UMNO-Pas, perpecahan Pakatan Harapan adalah matlamat utama mereka.

Kini, skandal video itu telah menjadi konspirasi politik yang menghantui ‘pemainnya’ – tanpa mengira mereka yang membuat pengakuan, penyokong atau perancangnya, mungkin sepanjang hidup mereka.

Oleh sebab itu, katanya, kita semua ada pilihan.

Yang partama menjadi sebahagian dalam kalangan yang tidak suci, kedua pula mengabaikan mereka jika kita tidak terganggu dengan jeritan yang menakutkan atau mengusir diri kita yang menghantui mereka.

Secara berkias, Kadir kata, dia memilih pilihan ketiga.

Ini kerana, kerajaan perlu bimbang akan isu-isu yang menekan dan hal ehwal dalam negara seperti kepayahan peneroka Felda dan Felcra, nelayan dan pesawah.

“Mari kita menangani kebimbangan ahli-ahli perniagaan seperti para peserta industri petroleum yang menanti resolusi tuntutan royalti dari Sabah dan Sarawak.

“Lebih baik kerajaan merangsang kemakmuran bersama dalam agenda ekonomi, Tahun Melawat Malaysia 2020 dan menangani hutang kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.