Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa melawat pesakit kanak-kanak ketika mengadakan lawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa bersama pesakit kanak-kanak di  Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini.

Tunku Azizah kelihatan tidak canggung melayani kanak-kanak malah turut sama-sama menghiburkan mereka dengan bersama-sama menyertai aktiviti melukis.

Raja Permaisuri meluangkan masa lebih kurang 30 minit di Wad Kanak-kanak sempena lawatannya hari ini.

MGF01082019_PERMAISURI LAWAT REHABILITASI13
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (kiri) meluangkan masa melawat pesakit kanak-kanak ketika mengadakan lawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 OGOS 2019.

Semua pesakit di Wad Kanak-kanak hospital itu kelihatan gembira dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah mencemar duli berangkat ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk melawat bersempena Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. -MalaysiaGazette