Gambar hiasan

SANTIAGO – Gempa bumi dengan 6.8 magnitud melanda pantai Chile.

Namun tiada sebarang kerosakan dilaporkan berlaku.

Gempa itu, pada awalnya dilaporkan dengan 6.5 magnitud dan berpusat 87 batu (140 km) barat daya di bandar pantai Valparaiso di pusat Chile, kata pusat geologi Amerika Syarikat.

Gempa itu sangat cetek di bawah dasar laut.

“Setakat ini tiada kecederaan, kerosakan atau gangguan,” menurut Pejabat Kecemasan Kebangsaan Chile dalam satu kenyataan.

Tetapi kerajaan masih memantau situasi. – MalaysiaGazette