SEPANG  – Sebuah bas persiaran terhumban dari jambatan selepas terbabas di kilometer 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata, pemandu bas serta dua penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 6.40 pagi itu, pemandu bas berusia 40 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terhumban dari jambatan.

“Bas terjatuh ke tepi longkang jambatan sedalam 10 meter dari atas jalan raya.

“Akibat kejadian itu, pemandu bas dan seorang penumpang yang juga merupakan isteri pemandu berusia 30 tahun dan seorang lagi mangsa lelaki berumur 23 tahun mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

ACP Abdul Aziz Ali
ACP Abdul Aziz Ali

Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Katanya, bas tersebut dipercayai sedang menuju ke Nilai, Negeri Sembilan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast