Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter berlaku di Banten, Indonesia
Gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter berlaku di Banten, Indonesia

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang terkesan berikutan gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter yang berlaku di Banten, Indonesia petang semalam.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta masih lagi menunggu laporan daripada pihak berkuasa tempatan di Indonesia dan akan sentiasa memantau perkembangan kejadian ini.

“Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” kata kedutaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, Indonesia juga menarik semula amaran tsunami itu pada 9.35 malam (waktu tempatan).

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihat agar berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta seperti berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JAKARTA

Jalan H.R. Rasuna Said
Kav. X/6 No 1-3, Kuningan
Jakarta Selatan, 12950
Republik Indonesia

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast