Lapangan Terbang Argatala

DHAKA – India mahu sebidang tanah di Brahmanbaria, Bangladesh bagi membesarkan Lapangan Terbang Agartala yang bakal menjadi lapangan antarabangsa ketiga di timur Laut India pada akhir atau awal tahun ini.

India bagaimanapun tidak menghantar cadangan tersebut secara terperinci.

Setiausaha Bersama di Kementerian Penerbangan Awam dan Pelancongan, Zanandra Nath berkata, India telah mengemukakan cadangan secara lisan kepada Kemenmterian Luar Bangladesh pada Mac lalu.

“Selepas Kementerian Luar memaklumkan kepada Kementerian Penerbangan Awam, ia ditanya oleh Kementerian Luar untuk mencari cadangan teknikal terperinci dan lakaran peta dari India,” katanya kepada akhbar The Daily Star semalam.

Cadangan terperinci itu sepatutnya menerangkan di mana dan bagaimana India mahukan tanah tersebut, berapa besar tanah yang diperlukan setta kegunaannya, kata beliau sambil menambah, Kementerian Penerbangan Awam masih belum menerima sebarang maklum balas.

Apabila India telah menyerahkan cadangan teknikal, Kementerian Penerbangan Awam akan berbincang dengan Kementerian Luar bagi meneliti sama ada undang-undang Bangladesh mempunyai peruntukan yang membenarkan negara lain menggunakan tanahnya, menurut beliau.

Ketika dihubungi, Menteri Luar, Asaduzzaman Khan Kamal berkata, beliau mengetahui mengenai cadangan tersebut dan sebarang keputusan bergantung kepada Perdana Menteri.

“Bagaimanapun pada pandangan saya, mengapa saya perlu memberi sebanrang tanah Bangladsh kepada India. Tiada persoalan timbul mengenainya? katanya kepada The Daily Star.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) telah melaksanakan projek menaik taraf Lapangan Terbang Agartala dan dinamakan semula sebagai Lapangan Terbang Maharaja Bir Bikram, yang menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa, lapor akhbar The Economic Times pada 18 Jun lalu.

Menurut para pegawai AAI, Lapangan Terbang Agartala yang berada 20 kilometer ke utara bandar Argatala terletak di sepanjang sempadan Bangladesh.

Sementara itu, Prof. Dr. Imtiaz Ahmad dari University Dhaka berkata, terdapat lapangan terbang yang terletak di dua atau tiga buah negara.

Sebagai comtoh, ujar beliau, Lapangan Terbang Antarabangsa Geneva terletak di Switzerland dan Perancis.

“Bagaimanapun, dalam, konteks Asia Selatan tidak boleh disamakan dengan Eropah. Ini kerana struktur imigresen, mata wang dan politik berbeza,” katanya. – Agensi