Mazlan Mansor

GEORGE TOWN – Polis tidak menolak kemungkinan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Wendy Loong dan memuat naik hantaran laman sosial yang menghina Nabi Muhammad menggunakan akaun palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata, kemungkinan individu berkenaan menggunaan akaun Facebook palsu dan sehingga kini polis masih giat menjalankan siasatan berhubung perkara terbabit.

“Besar kemungkinan ia menggunakan akaun facebook palsu. Besar kemungkinan… kalau tidak kita mesti kita sudah dapat tahu lama dah.

“Perkara ini (perbuatan ) ini di alam maya, jadi ia ambil masa sedikit, kena lihat dari sudut teknikal, sumbernya dari mana, Apapun siasatan sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam (UA) ke-15 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di laman sosial Facebook berhubung satu akaun facebook menggunakan nama seorang wanita dan memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast