Penunjuk perasaan membakar di atas jalan raya hingga memaksa polis menggunakan gas pemedih mata. foto Agensi

HONG KONG – Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata beberapa kali terhadap penunjuk perasaan di kawasan Kowloon selepas protes anti-kerajaan melancarkan tunjuk perasaan.

Kelibat polis tidak kelihatan sewaktu puluhan ribu penunjuk perasaan bergerak melalui Mong Kok, sebuah kawasan beli-belah yang sibuk.

Bagaimanapun, kehadiran polis mula kelihatan pada pukul 9 malam (1300 GMT) dengan ratusan anggota keselamatan menangani tunjuk perasaan berkenaan.

Penunjuk perasaan melemparkan objek termasuk payung ke arah polis di Wong Tai Sin, memaksa polis menyemburkan serbuk lada dan gas pemedih mata.

Sepanjang malam, polis juga berdepan dengan konfrontasi penunjuk perasaan di Kowloon.

Tunjuk perasaan itu kembali ‘menggegarkan’ Hong Kong selepas penduduk bandar raya itu menggesa rang undang-undang membenarkan individu yang didakwa diekstradisi ke China untuk dibicarakan.

Rang undang-undang itu dicadangkan pada bulan Jun tetapi ia digantung.

Penduduk Hong Kong terus menentang dan mendesak supaya cadangan itu ditarik balik.

Dalam tunjuk perasaan semalam, mereka yang terlibat turut membakar di jalan-jalan, di luar balai polis dan tong sampah.

Mereka turut mengepung laluan masuk Cross-Harbour Tunnel menyebabkan laluan yang menghubungkan pulau Hong Kong dan Semenanjung Kowloon terjejas.

Pihak penganjur menganggarkan seramai 120,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu.

Tetapi polis berkata, mereka yang terlibat hanya 42,000 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast