Kawasan letupan di hadapan sebuah hospital kanser di Kaherah. foto Reuters

KAHERAH – Sebanyak tujuh belas orang telah meninggal dunia dan 32 orang cedera dalam letupan di luar Institut Kanser Kebangsaan Mesir di pusat Kaherah pagi ini.

Kementerian Dalam Negeri berkata, sebuah kereta yang dipandu menentang lalu lintas bertembung dengan tiga kereta lain, menyebabkan letupan itu.

Pendakwa raya Mesir sedang menyiasat punca kejadian itu.

Setakat ini tiada ada kenyataan yang mengaitkan kejadian itu dengan serangan. – MalaysiaGazette