Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia, Honda Accord serta dua buah treler.
KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam beg pakaian di Jalan 3, Pandan Industri di Pandan Indah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam pada 8.52 pagi selepas melihat kakinya terkeluar daripada beg pakaian berkenaan.

Mayat lelaki itu diletakkan dalam beg berwarna biru yang dibalut dengan permaidani dan diikat dengan wayar kabel.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mangsa lengkap berpakaian tetapi tidak memakai kasut.

“Hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati terdapat kesan jerut di leher hingga bawah dagu selain kesan lebam di bahagian badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Noor Azmi berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Saiful Azhar Rahim di talian 011-12116458. – Bernama