ISLAMABAD – Pakistan mengumumkan untuk mengusir diplomat kanan India dari negara itu serta merta.

Selain itu Pakistan juga merancang untuk menamatkan hubungan perdagangan dengan jirannya, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan pertikaian isu Kashmir yang melibatkan kedua dua negara itu.

Sebahagian Kashimir yang ditadbir India dikawal ketat sejak Isnin lalu setelah Artikel 370 dalam Perlembagaan India yang memberi kuasa kepada wilayah itu mengubal undang-undang sendiri ditarik balik berikutan ancaman serangan pengganas diperoleh  daripada agensi risikan.

Rangkaian telekomunikasi dan internet terputus sejak Ahad lalu dan pelancong mula dikeluarkan dari wilayah bergolak itu.

imran khan
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan

Lebih 10,000 tentera India ditugaskan berkawal  di Kashmir.

Beberapa insiden bantahan dan membaling batu dilaporkan selepas perintah berkurung dikuatkuasakan dan gangguan komunikasi berlaku sejak Isnin lalu.

Kebanyakan rakyat Kashmir yang berada di luar negara mengadu tidak dapat melawat mahupun menghubungi ahli keluarga mereka dan para pemimpin Kashmir turut ditahan.

India dan Pakistan yang mempunyai senjata nuklear telah bertelagah sejak tiga dekad lalu untuk merebut hak ke atas wilayah Kashmir.

Pakistan turut menggantung segala urusan dagangan yang dijalin denghan Indiai.

Terbaharu Pakistan Duta India di Islamabad.

Sementara wakil utusan Pakistan yang baru dilantik iaitu Moin-ul-Haq yang belum memulakan tugas rasminya tidak akan ke Delhi.

wilayah kashmir
Wilayah Kashmir terpisah dua dengan Pakistan dan India mengawal kawasan masing masing lebih 3 dekad lalu yang gagal membawa kepada penyelesaian kepada rakyat Kashmir yang mendahagakan kemerdekaan dan kerajaan sendiri.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengarahkan semua rangkaian diplomatik diaktifkan untuk mendedahkan rejim ganas bersifat rasis India serta pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di wilayah Kashmir.

Pakistan juga mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertindak selain meminta tenteranya di sempadan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebanyakan warga Kashimir tidak gemar wilayah itu dikongkong India sambil menuntut kemerdekaan atau disatukan dengan Pakistan.

Sebanyak 60 peratus daripada penduduk Kashmir beragama Islam.

Kebanyakan warga Kashmir menganggap pembatalan artikel 370 sebagai cubaan India untuk mengubah demografi wilayah itu dengan membenarkan individu bukan warga Kashmir membeli hartanah di kawasan tersebut.

Jirannya, China, turut menentang tindakan India itu.

Setiausaha Luar Britain, Diminic Lab dilaporkan telah bercakap dengan Menteri Luar India dan meluahkan kebimbangan serta langkah penyelesaian.

Dalam pada itu Jabatan Negara Amerika Syarikat menafikan laporan bahawa negara itu sedia maklum tentang penarikan status perlembagaan tersebut. – MalaysiaGazette