MBPP tutup serta sita kedai makanan dikendalikan warga asing di Jalan Tye Kee Yoon, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup serta-merta dan menyita sebuah premis makanan tanpa lesen yang dikendalikan warga asing di Jalan Tye Kee Yoon di sini, menerusi Operasi Tegas.

MBPP dalam kenyataan berkata, tindakan itu dilaksanakan menerusi Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan serta Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBPP selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah seperti ditetapkan pihak berkuasa tempatan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Pemeriksaan turut mendapati beberapa bahagian premis berada dalam keadaan tidak memuaskan dari aspek kebersihan, khususnya ruang penyediaan makanan atau dapur, tempat penyimpanan bahan mentah serta kawasan basuhan yang didapati terlalu kotor.

“Pegawai Pelesenan bertugas memasang pita sitaan dan menampal notis pemberitahuan tindakan penguatkuasaan di hadapan pintu utama premis.

“Selain itu pengendali premis turut meninggalkan premis tanpa seliaan ketika operasi penguatkuasaan dijalankan,” katanya di sini.

Tambah kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti perniagaan dalam kawasan pentadbiran MBPP dijalankan secara teratur, mematuhi perundangan serta tidak menjejaskan kepentingan dan keselamatan orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here