Clemens Toennies

GELSENKIRCHEN – Presiden FC Schalke, Clemens Toennies akan meletak jawatan dalam tempoh tiga bulan kerana menghadapi tuduhan rasis.

Toenniesyang bercakap kepada pemberita minggu lalu menjelaskan, lebih banyak stesen janakuasa tenaga perlu dibina di Afrika dan bukannnya meningkatkan cukai untuk melindungi alam sekitar.

“Langkah itu akan menghalang warga Afrika menebang pokok dan melahirkan anak dalam gelap,” katanya.

Bagaimanapun kelab bola sepak Jerman menyifatkan kenyataan presiden kelab itu berbaur perkauman dan mendesak supaya melepaskan jawatan.

Malah beberapa bekas pemain kelab itu juga mengkritik kenyataan Toennies dengan Gerald Asamoah mendakwa mereka terkilan dengan kenyataan itu.

“Kenyataan dia mengejutkan saya dan juga semua pihak, dia bukan sahaja memalukan saya malah semua pihak terlibat,’ katanya.

Toennies memohon maaf atas kenyataannya sambil mengakui melanggar peraturan anti diskriminasi yang ditetapkan kelab.

Kelab itu dalam kenyataan selepas mesyuarat lembaga pengurusan berkata Roennies akan menyambung semula tugasnya Disember 2019. – Agensi