KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh pemulihan harga minyak mentah.
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1830/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1920 pada Rabu.
Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata ini berikutan harga minyak mentah pulih di tengah-tengah penyusutan dolar AS serta selepas kebimbangan bahawa keadaan ekonomi global yang perlahan akan menjejaskan permintaan.
“Ada segelintir peniaga yang kurang komited untuk mengambil risiko ringgit sehinggalah sentimen dagangan itu terbukti meningkatkan. Oleh itu, unit tempatan itu akan terus menjadi mangsa berikutan ancaman AS untuk mengenakan lebih banyak tarif (terhadap China),” katanya kepada Bernama.
Pada masa ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, naik 1.55 peratus kepada AS$57.10 setong.
Sementara itu, Bank Rakyat China (PBoC) pula telah menetapkan rujukan mata pertengahan rasmi untuk yuan di bawah tujuh bagi setiap dolar AS – yang pertama kali sejak 2008.
“Walaupun dengan penglibatan PBoC dalam yuan, sebaliknya unit tempatan hanya menyaksikan minat kecil terhadapnya,” katanya.
Selain itu, ringgit turut didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.0865/0922 daripada semalam iaitu 5.0814/0903, susut berbanding euro kepada 4.6896/6949 daripada 4.6820/6892 dan turun berbanding yen kepada 3.9418/9466 daripada 3.9387/9454.
Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.0865/0922 daripada 5.0814/0903 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.6896/6949 daripada 4.6820/6892 serta lemah berbanding yen kepada 3.9418/9466 daripada paras 3.9387/9454.
Ringgit bagaimana pun mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0257/0290 daripada 3.0259/0313, sebelum ini. – MalaysiaGazette
















