Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.49 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos ini.

Manakala harga RON95 dan diesel mashih kekal, masing-masing kepada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan langkah kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bahan bakar itu, kata Kementerian Kewangan.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah RM2.19 seliter dan RM2.28 seliter.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini,
anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 10 Ogos 2019 sehingga 16 Ogos 2019 adalah berjumlah RM59.28 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast