Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini, petang semalam.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

KUALA LUMPUR – Ng Suee Lim didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghalang Rang Undang-Undang (RUU) mengenai pertukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak dibentangkan dalam persidangan, minggu lalu.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, tindakan itu boleh dilihat apabila Suee Lim didakwa memendekkan tempoh persidangan DUN Selangor minggu lalu.

“Saya ingin memuji YB Ng Suee Lim sebagai Speaker DUN Selangor kerana memendekkan persidangan kali ini dan berjaya menghalang usul pertukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak dibawa ke persidangan kali ini.

“Saya berharap rakyat Selangor tidak menyalahkan Ng Suee Lim kerana beliau merupakan wakil rakyat berpengalaman sejak enam penggal lalu dan ini adalah penggal pertama beliau menjadi speaker.

“Dengan kedudukan beliau sebagai speaker, beliau menggunakan kelebihan untuk menjaga kepentingan-kepentingan bangsa dan kaum beliau,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan yang menangguhkan persidangan DUN Selangor minggu lalu yang hanya berlangsung semalam dua hari sahaja.

Menurut Sue Lim berkata, persidangan yang berlangsung baru-baru ini tidak berjalan dengan begitu rancak serta tidak banyak soalan yang perlu dibahaskan.

Menurutnya, dakwaan penangguhan dilakukan bagi menghalang Exco Agama Islam iaitu Menteri Besar sendiri daripada membentangkan satu rang undang-undang (pindaan) kemasukan agama Islam adalah andaian semata-mata.

Jamal juga berkata, tindakan Suee Lim itu juga adalah pilihan rakyat Selangor sendiri sehingga DAP mempunyai kerusi DUN yang agak terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Rakyat telah memilih Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan DAP mempunyai bilangan kerusi yang agak besar di Selangor.

“Jadi kita mahu atau tidak kena terima hakikat apa yang berlaku di Selangor dan sekali lagi saya memuji tentang kebijaksaan YB Ng Suee Lim,” katanya lagi.- MalaysiaGazette