Leroy Sane. Foto Mirror.uk.com

LONDON – Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane terpaksa berehat panjang selepas akan menjalani pembedahan lutut minggu depan, umum kelab itu semalam.

Pembedahan bintang antarabangsa Jerman berusia 23 itu bagi merawat kecederaan ligamennya yang terkoyak ketika membantu pasukannya memenangi perlawanan Perisai Komuniti menentang Liverpool di Wembely minggu lalu.

Sebelum ini, Sane dikaitkan bakal berpindah ke Bayern Munich pada penghujung musim lalu.

“Kelab mengesahkan Leroy Sane mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan.

“Dia telag menjalani ujian sepanjang minggu bersama doktor pakar yang didatangkan khas ke Manchester untuk melakukan pemeriksaan dan menilai tahap kecederaannya.

“Leroy akan menjalani pembedahan minggu depan dan kelab akan membantu Leroy dengan segala bentuk sokongan yang diperlukan dan semua pihak yang berkaitan dengan kelab ini mengharapkan dia selamat menjalani pembedahan dan mendoakannya agar cepat pulih,” kata City dalam satu kenyataan di laman web kelab itu.

City memulakan kempen liga dengan berkunjung ke laman West Ham United, esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast