Alisson tidak akan beraksi menentang Chelsea rabu depan akibat kecederaan betis dalam pertemuan pembukaan EPL menentang Norwich City semalam.

ENGLAND -Penjaga gol Liverpool tercedera pada kaki dalam aksi menang 4-1 ke atas Norwich City di Anfield awal pagi tadi.

Juara Liga Juara-Juara Eropah itu memulakan aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dengan cemerlang malam Jumaat.

Namun keputusan itu tercalar dengan kecederaan Alisson atas padang ketika the Reds mendahului Norwich 3-0.

Pengurus pasukan Jurgen Klopp kemudian mengesahkan Alisson mengalami kecederaan betis.

Alisson juga disahkan tidak akan beraksi dalam perlawanan Piala Super Eropah menentang Chelsea Rabu depan.

Pemain itu meninggalkan Anfield dalam keadaan berkerusi roda dan Klopp mengakui ia satu malapetaka yang terpaksa dilalui pasukannya selepas ini.

Tahap keseriusan kecederaan masih belum dikenalpasti dan dijangkakan Alisson tidak beraksi dalam beberapa perlawanan EPL untuk tempoh beberapa bulan lagi.- MalaysiaGazette