Konflik antara Kerajaan Perpaduan dan parlimen timur yang disokong Tentera Kebangsaan Libya telah berlangsung sejak bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, digulingkan pada 2011.

TRIPOLI – Majlsi Presiden Kerajaan Perpaduan Libya telah mengumumkan tempoh perdamaian sempena cuti bagi menyambut Aidiladha oleh umat Islam, lapor agensi berita Rusia Sputnik yang memetik satu kenyataan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta kerajaan negara itu, yang disokongnya, dan tentera musuh dari timur Libya, untuk berdamai seketika.

“Sebagai respons kepada Misi Bantuan PBB di Libya, kami mengumumkan bahawa kami ingin berdamai demi kemanusiaan semasa cuti sempena sambutan Aidiladha,” menurut kenyataan itu.

Konflik antara Kerajaan Perpaduan dan parlimen timur yang disokong Tentera Kebangsaan Libya telah berlangsung sejak bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, digulingkan pada 2011.

— BERNAMA