Kejadian kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dipercayai selepas terbabit dalam satu pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Nilai dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.