SAC Fadzil Ahmat
SAC Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR- – Sepasang suami isteri berbangsa Cina yang terlibat dengan kemalangan kecil dengan seorang lelaki di Tol Sungai Besi sehingga mengakibatkan kematian direman mulai hari ini sehingga 17 Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan tangkapan telah dibuat ke atas kedua-dua suspek yang telah memaklumkan tentang tangkapan pasangan berusia 40 dan 36 tahun.

Reman dibuat di Mahkamah Kajang.

Siasatan awal mendapati kejadian bermula akibat dari kemalangan kecil selepas Tol Sg. Besi menghala selatan, yang mana kereta simati didakwa telah melanggar bahagian belakang kereta saspek.

Ekoran dari itu telah berlaku kejar mengejar dan cabar-mencabar sehinggalah kedua mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Pergaduhan antara saspek dan simati 29 tahun tetapi telah menyebabkan beberapa pemandu lain turut berhenti dan  mententeramkan mereka.

Akhirnya masing masing telah kembali ke kereta.

Kes tersebut telah disiasat di bawah Sek 302 Kanun Keseksaan.

Namun begitu, simati didakwa tidak berpuas hati telah keluar dari kereta dengan membawa sebatang kayu base ball dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Suspek telah memandu kereta ke hadapan dalam keadaan tergesa-gesa dan terlanggar simati.

Mangsa telah tersepit di antara kereta saspek dan penghadang jalan.

Lelaki Melayu itu telah dibawa ke Nilai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia semasa dirawat.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kasihan kat saspek. Dah la kereta kena langgar belakang, kena hentak kat depan, sekarang kena reman pulak. Sigh…

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.