Azam Baki

KUALA LUMPUR – Laporan kononnya mendakwa akan ada perubahan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebabkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya cuti sakit baru-baru ini adalah tidak berasas langsung.

Datuk Seri Azam Baki sudah pun keluar hospital dan telah pun ke pejabat hari ini ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Malah, Azam dijangka bertugas semula pada 22 Ogos ini.

Malaysiakini melaporkan SPRM akan melakukan perubahan selepas Azam dirawat di Hospital Putrajaya bulan lalu.

Lapor portal itu, beberapa hari selepas dibenarkan pulang, Azam dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi.

“Apa yang kita tahu ialah dia menghadapi masalah kegagalan buah pinggang,” kata seorang sumber yang dipetik Malaysiakini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast