Perkampungan Greenland. foto Reuters

COPENHAGEN – Ahli-ahli politik Denmark mengecam laporan tentang penjualan Greenland kepada Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump dilaporkan membincangkan ideanya untuk membeli pulau terbesar dunia bersama-sama para penasihatnya.

Trump dijangka melawat Copenhagen pada bulan September dan artik akan menjadi agenda semasa pertemuan dengannya dengan perdana menteri Denmark dan Greenland.

“Ia merupakan lawak April Fool. Ia tidak kena”, kata bekas perdana menteri Denmark Lars Lokke Rasmussen.

Meskipun idea pembelian wilayah itu ditertawakan oleh beberapa penasihat yang menyifatnya sebagai lawak tetapi ada yang mengambil cadangan itu sebagai serius,” kata dua sumber.

Rundingan pembelian Greenland kali pertama dilaporkan oleh Wall Street Journal.

“Jika dia benar-benar mahukannya, maka ini adalah bukti terakhir, bahawa dia telah menjadi gila,” kata jurucakap hal ehwal luar negeri untuk Parti Rakyat Denmark, Soren Espersen, kepada penyiar DR.

Tanggapan bahawa Denmark menjual 50,000 rakyatnya ke Amerika Syarikat adalah benar-benar tidak masuk akal, katanya.

Greenland adalah sebahagian kawasan pentadbiran Denmark yang terletak antara utara Atlantik dan laut Artik, bergantung kepada sokongan ekonomi Denamark.

“Saya yakin majoriti di Greenland percaya lebih baik mempunyai hubungan dengan Denmark berbanding Amerika Syarikat, dalam jangka panjang,” kata Aaja Chemnitz Larsen, Ahli Parlimen Denmark dari parti kedua terbesar Greenland, Inuit Ataqatigiit (IA) kepada Reuters.

“Pada saya adalah tidak, terima kasih’,” katanya.

Perdana Menteri Mette Frederiksen dan Menteri Luar Negeri, Jeppe Kofod tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan hari ini.

Manakala bekas duta besar Amerika Syarikat ke Denmark, Rufuz Gifford pula berkata, cadangan itu adalah satu bencana yang lengkap.

Bekas Duta Besar keA.S. ke Denmark, Rufus Gifford di Twitter.

Greenland telah mendapat perhatian daripada kuasa-kuasa besar dunia termasuk China dan Rusia disebabkan kedudukannya yang strategik dan sumber-sumber asli.

Greenland mendapat perhatian dari kuasa super dunia termasuk China, Rusia dan Amerika Syarikat kerana lokasi strategiknya dan sumber mineralnya.

Pada bulan Mei, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, Rusia bersikap agresif dalam tindakan di Artik dan keberadaan China di sana juga harus dipantau.

Perjanjian pertahanan antara Denmark dan Amerika Syarikat sejak 1951 memberikan hak ketenteraan Amerika Syarikat ke Pangkalan Udara Thule di utara Greenland.

Greenland adalah sebahagian dari Denmark dengan kerajaan sendiri atas urusan domestik, sementara Copenhagen mengendalikan pertahanan dan dasar luar.

Pada tahun 1917 Denmark menjual pulau-pulau Hindia Barat yang kemudiannya bernilai AS$ 25 juta ke Amerika Syarikat, yang menamakan semula Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.- MalaysiaGazette