TERKINI : Pakar Patologi HKL Jadi Tumpuan di Jabatan Perubatan Forensik #NoraAnne

SEREMBAN – Masih belum ada sebarang pengesahan bila mayat Nora Anne akan dibawa keluar dan dihantar pulang ke negara asal bersama keluarganya.

Manakala pasukan Patologi dari Hospital Kuala Lumpur diketuai Dr Siew Sheue Feng kelihatan meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar selepas selesai melakukan dokumentasi ke atas mayat Nora Anne Quoirin kira kira pukul 3.50 petang.