Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan selepas terowong smart menuju ke Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 37 tahun cedera selepas kereta Audi dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas terowong smart menghala ke pusat bandar di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum mengarahkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi.

Komander Operasi, Najilan Che Pha berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati mangsa yang cedera, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang cedera di bahagian kaki.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here