Mohamad Hasan.
Mohamad Hasan.

KOTA KINABALU – UMNO bersedia untuk merampas kembali kerusi Parlimen Kimanis sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan keputusan Pilihan Raya 2018 tidak sah.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO Sabah akan memulakan persediaan jenteranya untuk Kimanis yang dahulunya adalah kerusi UMNO yang disandang oleh Datuk Seri Anifah Aman sebelum beliau memutuskan untuk keluar parti selepas Mei 2018.

“Kami menghormati keputusan mahkamah dan kemungkin keputusan proses rayuan. Kami akan menunggu keputusan muktamad.

“Bagaimanapun, UMNO Sabah mesti mengambil langkah persediaan segera untuk memperkukuhkan jentera dan bersiap sedia jika pilihan raya akan berlaku,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star Online.

Semalam, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu terbatal.

Keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Terdahulu Mohamad merasmikan mesyuarat agung tahunan UMNO Bahagian Tuaran yang diketuai Datuk Seri Rahman Dahlan.

Sekiranya berlaku pilihan raya kecil, UMNO menjangkakan parti pembangkang tempatan, Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memberi sokongan kepada UMNO dan menyokong calon parti itu seperti yang berlaku semasa pilihan raya kecil Sandakan.

UMNO menyokong calon PBS ketika itu.

“Sandakan bukan kerusi UMNO dan diwakili oleh rakan Barisan Nasional.

“Tetapi Kimanis adalah kerusi UMNO dan kita mesti bersedia sama ada wujud pilihan raya kecil atau tidak.

“Ia adalah sokongan untuk menyokong,” katanya ketika ditanya sama ada kemungkinan parti pembangkang lain akan turut sama bersaing pada kerusi kuat UMNO itu.

Tambahnya, blok pembangkang sepatutnya menghormati Kimanis adalah kerusi UMNO.

“Saya tidak rasa mereka berminat,” ujar Mohamad.

Beliautelah meminta Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pemimpin lain termasuk Abdul Rahman untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

“Kerusi ini adalah pangkalan UMNO. Kita boleh bekerjasama untuk memenanginya, “katanya ketika ditanya mengenai kekuatan UMNO di kawasan itu kerana kebanyakan bekas pemimpinnya telah berpindah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah manakala Anifah sendiri tetap bebas.

Mohamad berkata, tindakan keluar ramai pemimpin UMNO telah memulihkan parti itu di Sabah yang menindas pemimpin muda yang kini muncul dan mengukuhkan UMNO.

Beliau berkata, UMNO Sabah bersedia untuk mendapatkan autonomi, parti itu akan diperkasakan di Sabah dan memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memenangi semula Kerajaan Persekutuan.

“Kita boleh memenangi sembilan negeri di Semenanjung Malaysia tetapi Sabah perlu dikukuhkan untuk memenangi semula Kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette