KUALA LUMPUR – Bank Rakyat dijangka memuktamadkan pencarian Pengarah Urusan baharunya menjelang hujung tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof tidak menolak kemungkinan bank koperasi itu akan menamakan Pemangku Pengarah Urusannya ketika ini, Datuk Rosman Mohamad sebagai peneraju bank tersebut jika pencarian calon baharu menemui jalan buntu.

Jelasnya, lembaga pengarah terpaksa menghantar senarai nama calon-calon baharu ke Bank Negara Malaysia setelah senarai yang dihantar sebelum ini ditolak oleh bank pusat itu.

“Bank Negara telah menolak calon-calon yang kita kemukakan atas dasar “fit and proper” jadi kita terpaksa melakukan proses pencarian semula dalam beberapa minggu akan datang.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.