WASHINGTON – Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat mengesahkan larangan terhadap Huawei tidak akan berkuatkuasa dalam tempoh 90 hari lagi.

Syarikat telekomunikasi gergasi China itu telah disenaraihitamkan pada bulan Mei lalu kerana ancaman keselamatan.

Huawei kemudian diberikan permit sementara bagi memudahkan peralihan.

Ia sepatutnya berakhir pada hari Isnin.

Bagaimanapun, Wilbur Ross berkata, 46 lagi sekutu Huawei kini akan ditambah dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat, senarai hitam syarikat yang Amerika Syarikat tidak akan berdagang.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan syarikat-syarikat seperti Google dapat menyesuaikan diri dengan sekatan Huawei kelak.

Malah, katanya, penangguhan itu akan membantu para pelanggan Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Huawei menentang keputusan penambahan 46 lagi syarikat sekutu dalam Senarai Entiti dan berpendapat ia adalah bermotif politik semata-mata.

“Keputusan hari ini tidak akan memberi impak besar kepada perniagaan Huawei,” kata firma tersebut dalam satu kenyataan.

Pada hari Ahad, Presiden Donald Trump, berkata Huawei adalah sebuah syarikat “kita tidak boleh melakukan perniagaan sama sekali”.

Kenyataan itu telah ditafsirkan bahawa penangguhan itu tidak akan berpanjangan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.