Gambar hiasan

ILLINOIS – Seorang pesakit telah meninggal dunia setelah mengalami penyakit pernafasan yang teruk – kematian pertama seumpama itu di Amerika Syarikat.

Badan kesihatan Amerika Syarikat di Illinois berkata, pesakit yang tidak dinamakan itu berusia di antara 17 dan 38 tahun.

Kes kematian itu muncul di tengah-tengah wabak penyakit paru-paru di seluruh Amerika Syarikat dikaitkan dengan penggunaan e-rokok.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata, hampir 200 orang telah jatuh sakit dari negeri-negeri lain.

Pengarah CDC Robert Redfield berkata: “Kami sedih mendengar kematian pertama yang berkaitan dengan wabak penyakit paru-paru yang teruk kepada mereka yang menggunakan alat e-rokok atau ‘vaping’.”

Beliau menambah: “Kematian tragis di Illinois ini memperkukuhkan risiko serius berkaitan dengan produk e-rokok.

“Vaping mendedahkan pengguna kepada bahan-bahan yang berlainan, yang mana kita mempunyai sedikit maklumat mengenai bahaya berkaitan – termasuk perasa, nikotin, cannabinoids dan pelarut.”

Beliau berkata, alat itu tidak selamat untuk kanak-kanak, orang dewasa muda, wanita hamil atau orang dewasa yang biasanya tidak menggunakan produk tembakau.

Tambahnya, CDC juga mengenal pasti potensi 193 kes masalah paru-paru yang teruk di 22 negeri yang juga berpunca daripada vape.

Daripada jumlah itu, 22 kes di Illinois.

Mereka yang terbabit mempunyai simptom batuk, pernafasan pendek dan penat serta ada kes tertentu pesakit muntah-muntah dan cirit-birit. – MalaysiaGazette