MANCHESTER – Drama tercetus di Old Trafford apabila David de Gea melakukan kesilapan di hujung permainan sekaligus memberikan kekalahan pertama Manchester United kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi.

Malah lebih malang penyerang, Marcus Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti.

United seakan terpaksa berpuas hati untuk sekurang-kurangnya membolehkan United berkongsi satu mata selepas jaringan cantik Daniel James pada minit ke-89.

Sebelum itu, Jordan Ayew terdahulu meletakkan Palace di depan pada minit ke-32.

Pada minit ke-69, United mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan Luka terhadap Scott McTominay.

Rashford bagaimanapun gagal menyempurnakan tendangan sekali gus mengulangi kegagalan yang turut dilakukan Paul Pogba ketika mereka diikat 1-1 oleh Wolverhampton, pada Selasa lalu.

Gol sensasi James kelihatan sudah memadai untuk mengikat perlawanan, malangnya tiga minit memasuki waktu kecederaan, De Gea gagal menyelamatkan tendangan padu Patrick van Aanholt, sekali gus memberikan kemenangan 2-1 kepada Palace.

Ini adalah kemenangan pertama skuad The Eagles ke atas Red Devils sejak tahun 1991. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.