KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susulan kemerosotan di Wall Street berikutan perang perdagangan AS-China yang meningkat.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 15.14 mata kepada 1,594.19 selepas dibuka rendah 11.05 mata kepada 1,598.28 berbanding 1,609.33 sebelum ini.

Peniaga berkata langkah berhati-hati terhadap hala tuju pasaran sekali lagi akan menyebabkan peserta pasaran mengambil pendekatan defensif dan ini dijangka membawa kepada aktiviti pengambilan untung yang baharu selepas peningkatan pada Jumaat lepas.

“Tekanan jualan yang baharu akan menyaksikan paras 1,600 mata sekali lagi di bawah ancaman dan jika berlaku, paras sokongan akan datang berada pada paras 1,590 manakala paras halangan, masing-masing kekal pada 1,610 dan 1,620,” katanya.

Dalam kalangan sahan wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing susut tujuh sen kepada RM8.64 dan RM7.22, Public Bank berkurangan 20 sen kepada RM20.62 dan TNB merosot 22 sen kepada RM13.54.

IHH tidak berubah pada RM5.68.

Bagi saham aktif, Talam Transform dan Sumatec, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 2.5 sen, Ekovest dan KNM, masing-masing turun 1.5 sen kepada 83 sen dan 3.5 sen dan DRB-Hicom merosot 24 sen kepada RM2.71.

Indeks FBM Emas susut 113.61 mata kepada 11,272.54, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 122.301 mata kepada 11,801.89 dan Indeks FBMT 100 turun 116.74 mata kepada 11,102.59.

FBM Ace merosot 43.98 mata kepada 4,509.65 dan FBM 70 susut 193.74 mata kepada 13,986.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 114.35 mata kepada 15,540.98, Indeks Perladangan turun 27.43 mata kepada 6,814.26 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.21 mata kepada 149.36.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 338 berbanding 41, manakala 149 kaunter tidak berubah, 1,438 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 184.95 juta unit bernilai RM90.45 juta. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.