Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan secara pentadbiran Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Sistem TAMS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia bertujuan bagi menyiasat punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi mengelak insiden tersebut berulang pada masa depan.

Katanya, jawatankuasa itu akan dipengrusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman;Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)Dr. Nungsari Ahmad Radhi;Anggota Suruhanjaya MAVCOM,Dato’ Seri Long See Wool;Anggota Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM),Encik Afzal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Encik Ahmad Nizar Zolfakar;Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA),Ir. Md Shah Nuri Md Zain,Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan selaku Sekretariat.

“Jawatankuasa berkenaan diberi tempoh sebulan tempoh sebulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah menteri,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Pada Rabu lalu telah berlaku kegagalan sistem Total Airport Management System (TAMS) di KLIA selama empat (4) hari yang menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada para penumpang.

Sistem tersebut telah distabilkan pada 24 Ogos 2019 (Sabtu) dan ia sedang dipantau oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selaku operator lapangan terbang.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menyesal dengan kesulitan yang telah dihadapi penumpang-penumpang KLIA sambil merakamkan penghargaan kepada para penumpang di atas kesabaran mereka dan berterima kasih kepada petugas-petugas yang membantu semasa insiden ini berlaku.- MalaysiaGazette