Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (tengah) berswafoto bersama penyelia KAFA pada Konvensyen Penyelia KAFA Peringkat Kebangsaan tahun 2019 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK. foto 26 OGOS 2019

BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini menyelar tindakan guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menggunakan media sosial mencerca dirinya menggunakan ayat kasar baru-baru ini.

Meskipun tidak terasa dengan penghinaan tersebut namun Mujahid sedih apabila ia lahir daripada mulut seorang pendidik agama.

“Yang difikir kemarahan boleh dilempiaskan di FB, atas mimbar, kuliah-kuliah ini tak tau cerdik ke tidak. Ada seorang guru KAFA di Selangor. Saya tahu.

“Nak kata kat orang, orang ini ada anak bini, daripda keturunam elok-elok ada tugas, ada maruah dalam masyarakat. Kamu siapa? Bercakap ikut dan (ikut suka hati) sahaja.

“Saya nak bagi contoh bahasanya pun saya malu. Macam inikah kita didik anak-anak kita? Kalau keluarkan kata  biadap tiba-tiba kita nak ajar erti akhlak mulia,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Penyelia KAFA peringkat kebangsaan 2019 hari ini.

Baru-baru ini di media sosial, seorang individu yang dikatakan seorang guru KAFA menerusi Facebooknya bernama Zaimi Geot mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Mujahid dengan haiwan.

Tindakannya itu dipercayai berpunca  ketidakpuasan hati dengan kenyataan Mujahid menganggap pendakwah Dr Zakir Naik merendahkan agama orang lain.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa semua guru KAFA dipantau apatah lagi cara  menyampaikan pendapat yang berbeza.

Ujarnya merskipun beremosi dan marah tidak wajar dilempiaskan secara keterlaluan.

‘Guru KAFA yang meyanggah mudah sekarang untuk memantaunya  jangan kata tuan lepas dari saya tuan tak akan lepas dari Allah,” tambahnya. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. mmg sah2 la ang tu bodo piangggg…. rase2 mujahad ni dah bole bagi title munafikkk… ang x sedar lagi ker bangang??? malu dan terseksa la org tue ang ade ank munafik mcm kau ni sialll….

Comments are closed.