Hujan lebat luar biasa melanda Kyushu, Jepun. foto Agensi

TOKYO – Badan meteorologi Jepun mengeluarkan amaran kecemasan kepada penduduk Kyushu selepas pulau selatan itu merekodkan hujan yang tinggi pada awal Rabu.

Situasi itu dikhuatiri menyebabkan tanah runtuh, banjir dan bencana alam lain.

NHK melaporkan seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta yang telah dihanyutkan di wilayah Saga, yang mana kawasan tersebut dilanda hujan lebih daripada 100 mm (4 inci) dalam satu jam.

Agensi cuaca berkata, utara Kyushu mengalami hujan lebat yang hanya dilihat sekali dalam beberapa dekad.

Ia menetapkan tahap 5 iaitu amaran tertinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast