Gambar hiasan. foto Agensi

TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini dengan minyak mentah Amerika Syarikat merekodkan keuntungan 1% selepas laporan inventori menunjukkan stoknya susut lebih daripada jangkaan, membantu mengurangkan kebimbangan tentang pertumbuhan ekonomi akibat perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Brent naik sebanyak AS$0.41 atau 0.7% kepada AS$59.92 setong pada 0121 GMT dan West Texas meningkat sebanyak AS$0.57 atau 1.0 kepada AS$55.50 setong.

Stok minyak mentah susut dengan ketara pada minggu lalu selepas import jatuh berbanding jangkaan untuk pengeluaran 2 juta tong, data daripada Institut Petroleum Amerika (API).

Laporan mingguan kerajaan akan dikeluarkan Rabu pagi dan jika angka rasmi mengesahkan data API itu, maka ia akan menjadi penurunan mingguan terbesar dalam tempoh sembilan minggu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast