Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) diiringi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ahmad Hamid Bador melaungkan slogan Merdeka ketika hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Kementerian Dalam Negeri di Kompleks D,Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.

PUTRAJAYA – Perkara biasa bila pembangkang cuba  melemahkan kerajaan memerintah, demikan menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Ujarnya, perkara itu biasa berlaku apabila terdapat perubahan tampuk pemerintahan dan pertukaran kerajaan.

“Saya tidak menuduh sesiapa tetapi saya berkata ia adalah perkara biasa seperti yang berlaku (cuma melemahkan kerajaan dengan mencetuskan ketegangan kaum).

“Pihak yang kalah akan cuba melemahkan siapa yang menang. Semudah itu,” katanya kepada media selepas menemani Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena program Kibar Jalur Gemilang hari ini.

Hamid dalam satu temubual bersama South China Morning Post berkata, parti-parti pembangkang cuba menggugat kerajaan Pakatan Harapan di tengah-tengah peningkatan ketegangan kaum dan agama di Malaysia.

Hamid yang baru dilantik pada Mei lalu turut berkata perkara itu turut menyusahkan keadaan di negara ini.

Bagaimanapun, katanya dari soal keselamatan, perkara itu boleh dikawal.

“Parti yang digulingkan itu akan terus menghancurkan dan melemahkan parti pemerintah,” kata Abdul Hamid dalam wawancara berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast