Barisan ahli panel, Datuk Wira Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff (tengah) diiringi Khairy Jamaluddin (kiri) dan Danesh Prakash Chacko (kanan) bercakap pada Seminar Pilihanraya Ke-14: Implikasi Pilihanraya Ke-15 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2019

GOMBAK – Pakatan Harapan (PH) akan berdepan detik sukar untuk menang PRU-15 sekiranya gabungan parti itu tidak mahu mendengar keluhan rakyat.

Malah, parti itu boleh ‘tersingkir’ daripada mandat sebagai kerajaan jika pilihanraya umum diadakan dalam tempoh terdekat, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff.

“Kita perlu mula mendengar suara rakyat. Sekarang kita buat apa yang pernah BN buat. Kita sedang gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panel pafda forum bertajuk pilihan raya Kecil Pasca PRU14: Implikasi pada PRU-15 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Turut serta menjadi panel pada forum itu Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Penasihat Pemetaan Tindak Malaysia, Danesh Prakash Chacko.

Mengulas lanjut Rais Hussin berkata, gabungan UMNO-Pas bakal menang mudah jika PRU-15 diadakan mengejut ekoran kini berlakunya sentimen semasa yang boleh mengeruhkan keadaan dalam PH.

Beliau turut mengingatkan rakan politiknya dalam kerajaan bahawa mempunyai kuasa sahaja tidak mencukupi kerana yang paling mustahak adalah menangani isu penting untuk rakyat.

Ujarnya, kerajaan perlu memberi fokus kepada isu mendesak seperti kos sara hidup, kualiti hidup, pembentukan pekerjaan dan pengangguran serta perumahan dan penjagaan kesihatan mampu milik.

Katanya lagi, pada masa sekarang, kerajaan telah tersilap meletak keutamaan kepada isu seperti kereta terbang, kereta nasional dan Go-Jek yang akhirnya hanya menjadi bahan sindiran sesetengah pihak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PPBM PECAT SERTA MERTA SIFULAN INI….INI BUKAN TEGURAN SEBETULNYA SENJATA PERANG SARAF MUSUH POLITIK YANG BERADA DARI DALAM PARTI.,CUMA TUNGGU MASA TERSESUAI UNTUK TONJOLKAN DIRI.

Comments are closed.