Foto Facebook Mohd. Syahir Rosdi

KUALA LUMPUR- Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akhirnya mengeluarkan surat pertuduhan terhadap dua bekas tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak yang digugurkan Jun lalu.

Difahamkan tersebut telah dihantar kepada mereka semalam.

Syahir dikatakan perlu membela diri dengan surat pertuduhan dikeluarkan sebanyak 48 muka surat.

Sementara Zulkifli pula setebal 37 muka surat yang pertuduhan itu menjelaskan kesalahan masing-masing ekoran digugurkan daripada kem kebangsaan.

Syahir dan Zulkifli kini mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawab kesemua pertuduhan itu dengan menghadap Jawatankuasa Tatatertib PSM.

Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail dilaporkan berkata, PSM telah mengeluarkan surat kepada Syahir dan Zulkifli semalam.

Jelasnya dari tarikh 26 Ogos, mereka memiliki tempoh 14 hari untuk memberi surat jawapan kepada PSM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast