Tony Fernandes
KUALA LUMPUR – Kemenangan besar untuk rakyat Malaysia. Terima kasih Menteri Loke dan Kabinet. Kemenangan besar untuk pelancongan.
Begitu ciapan Tan Sri Tony Fernandes di laman Twitter sebagai reaksi balas terhadap keputusan Kabinet menurunkan kadarĀ  Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi penumpang antarabangsa, selain ASEAN yang menggunakan klia2 dan lapangan-lapangan terbang lain sebanyak RM23 kepada RM50.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu berkata, selepas sekian lama, pihaknya amat berbesar hati apabila menteri mengakui wujud perbezaan antara KLIA, klia2 dan lain-lain lapangan terbang dari sudut kemudahan yang disediakan.
“Akhirnya lapangan terbang dinilai mengikut kemudahan yang disediakan,” katanya.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, bagi penumpang-penumpang yang telah membuat pembayaran PSC dan telah membuat penerbangan mulai tarikh tersebut, tuntutan bayaran balik boleh dibuat daripada syarikat penerbangan yang berkenaan.

Katanya, pengurangan ini diharap akan dapat membantu merancakkan sektor pelancongan di negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, disamping menarik lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di lapangan-lapangan terbang
seluruh negara. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: