Teemu Pukki

LONDON – Bintang sensasi Norwich City, Teemu Pukki dipilih memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Ogos.

Pukki berjaya menewaskan lima lagi calon lain iaitu Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Ashley Barnes, Mason Mount, dan Tyrone Mings.

Aksi cemerlang pemain berusia 29 tahun itu pada bulan lalu apabila muncul pendahulu senarai penjaring gol Liga Perdana Inggeris (EPL) yang membolehkannya menerima anugerah itu.

Penyudah berbisa Pukki di depan gol menyaksikan dia berjaya menjaringkan lima gol daripada empat perlawanan untuk Norwich.

Pemain antarabangsa Finland menjaringkan gol sulung musim ini ketika aksi di Anfield berdepanLiverpool.

Satu hatrik dicatatkan ketika menentang Newcastle selain turut melakukan satu bantuan ketika menentang Chelsea apabila dia tuurt menjaringkan satu gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast